Monday, December 22, 2008

Homestay Kg. Jeruju


Inilah sikap penduduk Homestay Kg. Jeruju, Kedah yang bekerjasama menyediakan makanan untuk peserta Kembara Agro Tourism Malaysia bersama MADA pada 13hb. Dis 2008 yang lalu. Biarpun hanya untuk beberapa jam sahaja, tapi cukup meriah.
Peserta juga mengadakan pertandingan bolasepak persahabatan dengan pasukan Kg. Jeruju, Tsunami FC, dengan semua pemain berkain pelekat, yang mana turut serta bersama Dato' Osman Aziz, bekas pengurus bolasepak negeri Kedah. Manakala peserta wanita mengadakan petandingan bola jaring persahabatan, dengan hanya berkain batik. Tak ketinggalan Hj. Arifin yang sering membangkitkan suasana menjadi meriah. Terimakasih semua, moga kita akan berpeluang bersama lagi di lain kesempatan....

No comments: