Thursday, January 27, 2011

Wedding cake 22/1/2011


Chocolate cake, disalut dengan almond paste dan regalice.

Kek untuk Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Kedah.


Kek ini di persembahkan kepada Duli Tuanku Sultan Kedah pada 23hb Jan.2011, di komplek sukan Langkawi. Bersempena ulangtahun keputeraan yang ke 83. Moga dilanjutkan usia Tuanku, dan terus memerintah negeri dengan adil dan saksama.

Wednesday, January 26, 2011

Penghibur Papa...


Di ketika kesunyian, ketika keletihan, ketika pulang dari kerja. Mereka inilah penghibur aku, hilang rasa sunyi, keletihan dan segala-gala rasa. Aiman Shaqif dan Anisha Shakinah selalu membuat aku tersenyum dan ketawa.
Itulah yang di katakan anak-anak, pengikat kasih. Hilang segala keletihan bila pulang dari kerja dan melayan kerenah mereka.
Foto di rakam pada 25hb. Jan 2011, di perkarangan stadium Darulaman, Alor Setar.

Saturday, January 22, 2011

Mesyuarat Agong Pertama Alumni SMKAH (5hb. Feb2011)


Jangan lupa kawan-kawan lama SMKAH, pada 5hb.feb2011 ini bertempat di dewan besar SMKAH akan di adakan mesyuarat agong kali pertama. Sila datang beramai-ramai, dan war-warkan pada teman-teman yang lain yang juga merupakan bekas pelajar SMKAH, tida kira tahun bila. Kita gegarkan dewan itu nanti.
Memang best rasanya kalau dapat bertemu kembali kawan-kawan lama yang terpisah ebertahun-tahun. Aku sendiripun sudah 26 tahun tidak pernah menjejak kaki di SMKAH. Aku harap juga dapat bertemu guru-guru di zaman aku belajar disana dulu.

Kursus Asas Masakan Remaja.


Keselamatam & Kebersihan Dapur, tajuk yang di amanahkan kepada aku pada Kursus Asas Masakan Remaja 2010. Ceramah ini di adakan pada 5hb, Dis 2010 yang lalu.Ianya di hadiri oleh golongan remaja Langkawi yang berumur antara 16 tahun hingga 21 tahun. Pada amatan aku, ramai di antara mereka yang menunjukkan minat pada bidang masakan. Mungkin akan ada beberapa diantara mereka menceburi bidang ini.
Di ceramah ini aku cuba dedahkan serba sedikit tugas-tugas seorang tukang masak, tentang tanggungjawap, nilai-nilai murni yg perlu ada dan mesti di amalkan. Dan satu perkara penting yang mesti di ingat, 'Kita bukan sekadar dibayar gaji, tapi ini merupakan amal jariah'. Jadi sediakanlah makanan terbaik, bersih, dan terjamin keselamatannya pada orang lain, sesungguhnya kita akan dipersoal disana nanti.

Tahun Baru 2011


Sudah masuk hari ke 23 kita berada di tahun baru, 2011. Aku masih lagi sebok dengan tugas-tugas rutin. Gambar ini aku rakamkan di malam menyambut tahun baru di The Andaman A Luxury Collection Resort Langkawi.