Wednesday, November 11, 2009

Apa cerita.....???


Amboi lama rasanya aku tak bercerita di laman ini. Apa khabar teman-teman blogger semua. Baru-baru ni banyak sangat projek, lepas ni pun ada lagi, tapi tak apa aku akan terus bercerita dan terus berceloteh di sini.
Hubungan dengan INdonesia nampaknya ada hasil positif, baguslah. Terus terang sebagai warganegara, aku amat tersinggung dan amat kecewa.
Politik, aku lebih kepada berdiam, bukannya apa. Aku percaya pemimpin kini mampu menangani setiap kemelut.
Oh ya, kepada blogger yang bertanya pada aku pasal resipi, jangan bimbang, aku akan terus memasukkannya di dalam ruangan ini dari masa kesemasa. Banyak resipi yang menunggu giliran, dan akan keluar beserta gambar sekali. Dan aku bercadang akan menyiarkan gambar-gambar plate setting, agar dapat di jadikan panduan kepada suri rumah yang meminati food decoration.

Friday, September 18, 2009

Indonesia Oh Indonesia...



Ramai juga teman-teman aku baru-baru ini bercerita mengenai Indonesia, sambil minum teh tarik.Ini kira cerita kedai kopi la. Akan tetapi ada juga isi yang perlu di beri perhatian.
Katanya, Indonesia sekarang sedang merancang nak ganyang Malaysia. Tapi aku kata ada pihak tertentu di sana yang menyemarakkan sentimen kebencian terhadap Malaysia terutama media yang rasa mereka bebas. Tuduhan-tuduhan mereka terhadap Malaysia kadang-kadang tak berasas pun.Ah tak payah nak layan la... buang masa saja. Lagipun penunjuk perasaan tu terdiri dari penduduk setinggan yang diberi upah untuk menjerit di jalanan tampa memahami isu yang sebenar.
Tetapi mereka menghina kita, kata kawan aku... mereka bakar bendera kita, itu sudah KURANG AJAR, dan mengganggu gugat maruah kita. Itu aku setuju,maruah negara di bakar.
Aku berpendapat, kerajaan Indonesia agak berlembut dalam menangani permasaalahan ini.Mereka sepatutnya bertindak dengan tegas, kerana ini melibatkan hubungan diplomatik antara dua negara. Lagipun ini bukannya dasar pentadbiran kerajaan di bawah kepimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.
Kalau ini berlaku di negara kita, dah lama dah mereka ini masuk lokap. Tetapi kita kena tahu mereka ini tidak berfikiran terbuka dan gagal mencari penyelesaian cara diplomasi, kerana mereka ini tidak berpelajaran dan miskin. Apa yang penting duit, demi kesinambungan hidup.
Sebagai keluarga serumpun, kita dah lakukan apa yang sepatutnya. Contoh bantuan ketika negara mereka di timpa bencana, di Acheh ataupun gempa bumi di Jawa atau di mana saja di bumi Indonesia. Jadi terserah kepada mereka samada mahu berterimakasih atau mahu bakar bendera kita. Tindakan mereka mencerminkan tahap pemikiran rakyat Indonesia. Cuma sengaja aku sebut kepada teman-teman aku, kita boleh bertindak balas kalau memang kerajaan mereka tidak boleh mengawal kumpulan ini. Stop semua bantuan bencana alam untuk Indonesia, Rumah anak-anak yatim yang kita dirikan terutama di Acheh, serahkan kepada mereka untuk menguruskan tampa memberi sebarang dana dari negara yang mereka benci sehingga tergamak membakar bendera.Jangan beri permit kerja kepada buruh Indon. Bertidak tegas pada pendatang haram dengan hukuman sebat. Beri tekanan dan bertindak tegas kepada Indonesia bila jerubu yang perpunca daripada pembakaran yang tidak di kawal di negara mereka. Kita tidak perlu membuang duit untuk membantu memadam api gambut disana yang memang boleh mengundang bahaya pada pasukan bomba kita, sedangkan kita tahu api itulah yang digunakan mereka untuk membakar bendera kita, dan membakar semangat kebencian terhadap Malaysia.
Aku kata, marilah kita bersatu, kuatkan semangat, berdiri teguh demi maruah negara kita MALAYSIA.Jangan layan mereka yang memang tidak tahu berterimakasih. Kita tidak perlu bakar bendera mana-mana negara pun,buat malu Malaysia aje.

Resepi Puasa Enam

Pandan Cream Brulee

500 ml fresh cream
200 ml fresh milk
3 helai daun pandan
80 gm gula castor
7 biji telor kuning
20 gm tepung jagong

Cara membuat
Daun pandan di potong dalam 1 inci panjang, dan blen bersama-sama fresh milk sehingga menjadi hampas. Tapis dan asingkan hampas( buang). Susu yang sudah di tapis tadi di masak bersama dengan fresh cream. Manakala telor kuning dan gula di pukul hingga sedikit kembang, dan masukkan kedalam susu yang sedang panas. Masukan tepung jagong. Kacau sehingga ianya menjadi sedikit pekat. Angkat dan masukan kedalam bekas yang anda suka( bekas yang tahan panas)

Bake mengunakan oven, 180*C, masa 6 min ke 7 min.

Selamat mencuba, sesuai sebagai pencuci mulut, selepas lunch ataupun dinner.

Wednesday, September 9, 2009

Fire Fighting...

Saturday, June 20, 2009

Selamat Pengantin Baru....


Selamat pengantin baru,Zaki dan Azura. Kedua-duanya adalah rakan sekerja aku.
Semoga bahagia hingga ke anak cucu dan di murahkan rezeki.

Friday, June 19, 2009

Chocolate For Agong Birthday

Sunday, April 26, 2009

PS2 Soccer League At Jawla Cafe



Ha... aku ada cerita baru. Kepada peminat-peminat PS2 di Langkawi, Lepak@Jawla Cafe akan mengadakan PS2 Soccer League bermula pada 30.04.2009. Buat julung-julung kali di adakan di Langkawi, jadi penyertaan dan sokongan padu daripada anda semua amat di alukan.