Friday, September 18, 2009
Indonesia Oh Indonesia...
Ramai juga teman-teman aku baru-baru ini bercerita mengenai Indonesia, sambil minum teh tarik.Ini kira cerita kedai kopi la. Akan tetapi ada juga isi yang perlu di beri perhatian.
Katanya, Indonesia sekarang sedang merancang nak ganyang Malaysia. Tapi aku kata ada pihak tertentu di sana yang menyemarakkan sentimen kebencian terhadap Malaysia terutama media yang rasa mereka bebas. Tuduhan-tuduhan mereka terhadap Malaysia kadang-kadang tak berasas pun.Ah tak payah nak layan la... buang masa saja. Lagipun penunjuk perasaan tu terdiri dari penduduk setinggan yang diberi upah untuk menjerit di jalanan tampa memahami isu yang sebenar.
Tetapi mereka menghina kita, kata kawan aku... mereka bakar bendera kita, itu sudah KURANG AJAR, dan mengganggu gugat maruah kita. Itu aku setuju,maruah negara di bakar.
Aku berpendapat, kerajaan Indonesia agak berlembut dalam menangani permasaalahan ini.Mereka sepatutnya bertindak dengan tegas, kerana ini melibatkan hubungan diplomatik antara dua negara. Lagipun ini bukannya dasar pentadbiran kerajaan di bawah kepimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.
Kalau ini berlaku di negara kita, dah lama dah mereka ini masuk lokap. Tetapi kita kena tahu mereka ini tidak berfikiran terbuka dan gagal mencari penyelesaian cara diplomasi, kerana mereka ini tidak berpelajaran dan miskin. Apa yang penting duit, demi kesinambungan hidup.
Sebagai keluarga serumpun, kita dah lakukan apa yang sepatutnya. Contoh bantuan ketika negara mereka di timpa bencana, di Acheh ataupun gempa bumi di Jawa atau di mana saja di bumi Indonesia. Jadi terserah kepada mereka samada mahu berterimakasih atau mahu bakar bendera kita. Tindakan mereka mencerminkan tahap pemikiran rakyat Indonesia. Cuma sengaja aku sebut kepada teman-teman aku, kita boleh bertindak balas kalau memang kerajaan mereka tidak boleh mengawal kumpulan ini. Stop semua bantuan bencana alam untuk Indonesia, Rumah anak-anak yatim yang kita dirikan terutama di Acheh, serahkan kepada mereka untuk menguruskan tampa memberi sebarang dana dari negara yang mereka benci sehingga tergamak membakar bendera.Jangan beri permit kerja kepada buruh Indon. Bertidak tegas pada pendatang haram dengan hukuman sebat. Beri tekanan dan bertindak tegas kepada Indonesia bila jerubu yang perpunca daripada pembakaran yang tidak di kawal di negara mereka. Kita tidak perlu membuang duit untuk membantu memadam api gambut disana yang memang boleh mengundang bahaya pada pasukan bomba kita, sedangkan kita tahu api itulah yang digunakan mereka untuk membakar bendera kita, dan membakar semangat kebencian terhadap Malaysia.
Aku kata, marilah kita bersatu, kuatkan semangat, berdiri teguh demi maruah negara kita MALAYSIA.Jangan layan mereka yang memang tidak tahu berterimakasih. Kita tidak perlu bakar bendera mana-mana negara pun,buat malu Malaysia aje.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment