Wednesday, November 11, 2009
Apa cerita.....???
Amboi lama rasanya aku tak bercerita di laman ini. Apa khabar teman-teman blogger semua. Baru-baru ni banyak sangat projek, lepas ni pun ada lagi, tapi tak apa aku akan terus bercerita dan terus berceloteh di sini.
Hubungan dengan INdonesia nampaknya ada hasil positif, baguslah. Terus terang sebagai warganegara, aku amat tersinggung dan amat kecewa.
Politik, aku lebih kepada berdiam, bukannya apa. Aku percaya pemimpin kini mampu menangani setiap kemelut.
Oh ya, kepada blogger yang bertanya pada aku pasal resipi, jangan bimbang, aku akan terus memasukkannya di dalam ruangan ini dari masa kesemasa. Banyak resipi yang menunggu giliran, dan akan keluar beserta gambar sekali. Dan aku bercadang akan menyiarkan gambar-gambar plate setting, agar dapat di jadikan panduan kepada suri rumah yang meminati food decoration.
Friday, September 18, 2009
Indonesia Oh Indonesia...
Ramai juga teman-teman aku baru-baru ini bercerita mengenai Indonesia, sambil minum teh tarik.Ini kira cerita kedai kopi la. Akan tetapi ada juga isi yang perlu di beri perhatian.
Katanya, Indonesia sekarang sedang merancang nak ganyang Malaysia. Tapi aku kata ada pihak tertentu di sana yang menyemarakkan sentimen kebencian terhadap Malaysia terutama media yang rasa mereka bebas. Tuduhan-tuduhan mereka terhadap Malaysia kadang-kadang tak berasas pun.Ah tak payah nak layan la... buang masa saja. Lagipun penunjuk perasaan tu terdiri dari penduduk setinggan yang diberi upah untuk menjerit di jalanan tampa memahami isu yang sebenar.
Tetapi mereka menghina kita, kata kawan aku... mereka bakar bendera kita, itu sudah KURANG AJAR, dan mengganggu gugat maruah kita. Itu aku setuju,maruah negara di bakar.
Aku berpendapat, kerajaan Indonesia agak berlembut dalam menangani permasaalahan ini.Mereka sepatutnya bertindak dengan tegas, kerana ini melibatkan hubungan diplomatik antara dua negara. Lagipun ini bukannya dasar pentadbiran kerajaan di bawah kepimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.
Kalau ini berlaku di negara kita, dah lama dah mereka ini masuk lokap. Tetapi kita kena tahu mereka ini tidak berfikiran terbuka dan gagal mencari penyelesaian cara diplomasi, kerana mereka ini tidak berpelajaran dan miskin. Apa yang penting duit, demi kesinambungan hidup.
Sebagai keluarga serumpun, kita dah lakukan apa yang sepatutnya. Contoh bantuan ketika negara mereka di timpa bencana, di Acheh ataupun gempa bumi di Jawa atau di mana saja di bumi Indonesia. Jadi terserah kepada mereka samada mahu berterimakasih atau mahu bakar bendera kita. Tindakan mereka mencerminkan tahap pemikiran rakyat Indonesia. Cuma sengaja aku sebut kepada teman-teman aku, kita boleh bertindak balas kalau memang kerajaan mereka tidak boleh mengawal kumpulan ini. Stop semua bantuan bencana alam untuk Indonesia, Rumah anak-anak yatim yang kita dirikan terutama di Acheh, serahkan kepada mereka untuk menguruskan tampa memberi sebarang dana dari negara yang mereka benci sehingga tergamak membakar bendera.Jangan beri permit kerja kepada buruh Indon. Bertidak tegas pada pendatang haram dengan hukuman sebat. Beri tekanan dan bertindak tegas kepada Indonesia bila jerubu yang perpunca daripada pembakaran yang tidak di kawal di negara mereka. Kita tidak perlu membuang duit untuk membantu memadam api gambut disana yang memang boleh mengundang bahaya pada pasukan bomba kita, sedangkan kita tahu api itulah yang digunakan mereka untuk membakar bendera kita, dan membakar semangat kebencian terhadap Malaysia.
Aku kata, marilah kita bersatu, kuatkan semangat, berdiri teguh demi maruah negara kita MALAYSIA.Jangan layan mereka yang memang tidak tahu berterimakasih. Kita tidak perlu bakar bendera mana-mana negara pun,buat malu Malaysia aje.
Resepi Puasa Enam
Pandan Cream Brulee
500 ml fresh cream
200 ml fresh milk
3 helai daun pandan
80 gm gula castor
7 biji telor kuning
20 gm tepung jagong
Cara membuat
Daun pandan di potong dalam 1 inci panjang, dan blen bersama-sama fresh milk sehingga menjadi hampas. Tapis dan asingkan hampas( buang). Susu yang sudah di tapis tadi di masak bersama dengan fresh cream. Manakala telor kuning dan gula di pukul hingga sedikit kembang, dan masukkan kedalam susu yang sedang panas. Masukan tepung jagong. Kacau sehingga ianya menjadi sedikit pekat. Angkat dan masukan kedalam bekas yang anda suka( bekas yang tahan panas)
Bake mengunakan oven, 180*C, masa 6 min ke 7 min.
Selamat mencuba, sesuai sebagai pencuci mulut, selepas lunch ataupun dinner.
500 ml fresh cream
200 ml fresh milk
3 helai daun pandan
80 gm gula castor
7 biji telor kuning
20 gm tepung jagong
Cara membuat
Daun pandan di potong dalam 1 inci panjang, dan blen bersama-sama fresh milk sehingga menjadi hampas. Tapis dan asingkan hampas( buang). Susu yang sudah di tapis tadi di masak bersama dengan fresh cream. Manakala telor kuning dan gula di pukul hingga sedikit kembang, dan masukkan kedalam susu yang sedang panas. Masukan tepung jagong. Kacau sehingga ianya menjadi sedikit pekat. Angkat dan masukan kedalam bekas yang anda suka( bekas yang tahan panas)
Bake mengunakan oven, 180*C, masa 6 min ke 7 min.
Selamat mencuba, sesuai sebagai pencuci mulut, selepas lunch ataupun dinner.
Wednesday, September 9, 2009
Saturday, June 20, 2009
Selamat Pengantin Baru....
Friday, June 19, 2009
Monday, April 20, 2009
ERT Training
Wednesday, April 15, 2009
Cerita Apa???
Nampaknya agak lama aku tak up date blog aku ni. Bukannya apa, semenjak dua menjak ni ,aku agak sebok sikit. Dah dapat ahli baru pula dalam keluarga, sebok pula dengan bowling tournament every Thurday. Sekarang dah bermula pula Spot Carnival. Dalam masa yang sama aku kena attend ERT Traning. Walaupun sebok, tapi seronok juga.
Dalam masa yang sama juga aku selalu juga ambil tahu perkembangan teman aku yang sorang ni mengenai projek dia, JAWLA CAFE.Jomlah ramai-ramai kita pi lepak kat sana, sambil minum-minum bolehlah melayari internet.
Tuesday, March 3, 2009
Air Kelapa Muda...
Monday, February 23, 2009
Tuesday, February 10, 2009
Monday, February 2, 2009
Anak kecil penat???
Saya shorkan agar memberi anak anda minum sedikit madu lebah yang di campurkan dengan asam limau nipis(di perah). Amalkan untuk beberapa hari, pasti anda akan melihat kesannya.
Saturday, January 31, 2009
Tuesday, January 27, 2009
Monday, January 19, 2009
Friday, January 9, 2009
Kueh Loyang.... sentuhan orang lama...
Ada yang minta pada aku resepi lama, orang tua-tua la... Ok hari ni anda boleh cuba KUEH LOYANG...
500gm tepung beras
1 cawan tepung jagong
1 cawan gula
3 biji telor
garam campur dgn air suam
masukkan juga air kapur
Setelah campur semuanya, rehatkan sekejap. Lepas tu dah boleh mula menggoreng dengan menggunakan acuan loyang.
Jangan lupa beri sikit komen resipi ni, setelah mencuba. Atau mungkin ada ibu-ibu yang mempunyai resipi lebih menarik, bolehlah kita kongsikan bersama. Hantarkan kepada chefdinrambo atau emailkan ke psdinjeruju@yahoo.com
Wednesday, January 7, 2009
Apa cerita baru?
Dah lama tak beri petua... Ok, tadi ada teman beritahu, BAKING POWDER.... bukan sekadar boleh buat kek sahaja. Akan tetapi ia turut boleh di jadikan ubat, Betul ke?
Sekiranya anda terkena 'jellyfish' atau di panggil obor-obor, biasanya di laut. Campurkan baking powder bersama castor sugar, dan sapukan pada tempat yang terkena. Walaubagaimanapun hanya sementara, perlu membuat rawatan lanjut.
Ataupun boleh juga mengunakan pisang. Iaitu gosokkan pisang pada tempat yang terkena jellyfish. Ini hanyalah rawatan sementara. Perlulah berjumpa doktor untuk rawatan lanjut....
Selamat mencuba....
Monday, January 5, 2009
Saturday, January 3, 2009
Natasha Duniaku Bte. Anuar Bin Badruddin
Petang tadi aku pergi melawat teman aku, kat hospital. Dapat anak baru, perempuan..... wow bahagia habis. Maklumlah dah berderet anak lelaki, dah jadi macam kedai telor... he..he.. jangan marah.
Walau apapun TAHNIAH, dah capai target. Nak tengok wajah anaknya.... aku cadangkan nama NATASHA DUNIAKU.
Friday, January 2, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)