Tuesday, November 23, 2010

Penyediaan Makanan(14hb. Nov 2010)


Bila umur semakin meningkat, apa lagi yang mampu dibuat? Aku perlu gunakan peluang yang ada, ruang masa yang tersisa ini untuk share pengetahuan, pengalaman, ilmu dan kemahiran bersama sesiapa saja yang mahu.Kalau di simpanpun, bukannya boleh dibawa ke mati.
Hanya satu harapan aku, gunalah sebaik mungkin dan berdoalah agar aku di murahkan rezeki.

Percutian keluarga


Dah lama tak bercerita kat blog ni. Sebok sangat dengan kerja, sampaikan tak sempat nak up date blog. Baru-baru ni, aku ambil cuti untuk bawa anak-anak keluar dari Langkawi sekejap. Nak bagi mereka merasa naik bas expres. Lalu destinasi pilihan keluarga, ke Kuantan Pahang. Apalagi seronoklah budak-budak tu bila dapat ke Teluk Cempedak, Pantai Baluk, Batu Hitam dan juga Cherating.

Inilah Sagu Gula Melaka versi baru.

Saturday, May 8, 2010

Selamat Pengantin Baru




Hari ini full day jadi photogarafer. Selamat pengantin baru, Khairul dan Nooriyah. Semoga berkekalan hingga akhir hayat...

Thursday, May 6, 2010

X SMKAH, jom pi Pendang.....


Jom la pi Pendang, jumpa kawan2 lama. Teringin sangat nak jumpa member2 lama waktu sekolah dulu. Depa kenal ke tak tak taulah. Tapi nak cuba pi juga, biar pilah kalu depa tak kenalpun.
Semoga pertemuan ini bisa menggamit kenangan silam, mak oi punyala best.

Hikayat Cinta Puteri Rajuk...


Pertemuan dan perpisahan adalah sebahagian lumrah kehidupan.Namun mampukah kita menerima ia sebagai lumrah.
Mengharap pertemuan yang berkekalan sekaligus kebahagiaan menghiasi segenap ruang hati, berpanjangan.
"Aku menguis pasir-pasir pantai, mencari sesuatu yang hilang suatu ketika dulu. Tampa di sangka aku bertemu kembali intan itu. Namun situasinya berbeza."
Dapatkan novel terkini, yang membicarakan soal hati, dan perasaan dua insan yang terpisah dek keadaan,serta kelemahan dalam menilai sesuatu keputusan.

Tuesday, March 2, 2010

English Communication


Aku bersama beberapa orang teman join class english communication. Cikgunya sapa lagi DjRay la..... Asyik gelak je memanjang, maklumlah gang lawak semua.
Untuk teman-teman yang membaca blog ini boleh turut serta, hanya perlu daftar diri semuanya on line. Sesuai untuk dewasa, dan juga untuk anak-anak.
Pelajaran semuanya di kelola sepenuhnya oleh DjRay.