Showing posts with label receipe. Show all posts
Showing posts with label receipe. Show all posts

Tuesday, November 23, 2010

Penyediaan Makanan(14hb. Nov 2010)


Bila umur semakin meningkat, apa lagi yang mampu dibuat? Aku perlu gunakan peluang yang ada, ruang masa yang tersisa ini untuk share pengetahuan, pengalaman, ilmu dan kemahiran bersama sesiapa saja yang mahu.Kalau di simpanpun, bukannya boleh dibawa ke mati.
Hanya satu harapan aku, gunalah sebaik mungkin dan berdoalah agar aku di murahkan rezeki.

Percutian keluarga


Dah lama tak bercerita kat blog ni. Sebok sangat dengan kerja, sampaikan tak sempat nak up date blog. Baru-baru ni, aku ambil cuti untuk bawa anak-anak keluar dari Langkawi sekejap. Nak bagi mereka merasa naik bas expres. Lalu destinasi pilihan keluarga, ke Kuantan Pahang. Apalagi seronoklah budak-budak tu bila dapat ke Teluk Cempedak, Pantai Baluk, Batu Hitam dan juga Cherating.

Inilah Sagu Gula Melaka versi baru.

Saturday, May 8, 2010

Selamat Pengantin Baru




Hari ini full day jadi photogarafer. Selamat pengantin baru, Khairul dan Nooriyah. Semoga berkekalan hingga akhir hayat...

Thursday, May 6, 2010

Hikayat Cinta Puteri Rajuk...


Pertemuan dan perpisahan adalah sebahagian lumrah kehidupan.Namun mampukah kita menerima ia sebagai lumrah.
Mengharap pertemuan yang berkekalan sekaligus kebahagiaan menghiasi segenap ruang hati, berpanjangan.
"Aku menguis pasir-pasir pantai, mencari sesuatu yang hilang suatu ketika dulu. Tampa di sangka aku bertemu kembali intan itu. Namun situasinya berbeza."
Dapatkan novel terkini, yang membicarakan soal hati, dan perasaan dua insan yang terpisah dek keadaan,serta kelemahan dalam menilai sesuatu keputusan.

Tuesday, March 2, 2010

English Communication


Aku bersama beberapa orang teman join class english communication. Cikgunya sapa lagi DjRay la..... Asyik gelak je memanjang, maklumlah gang lawak semua.
Untuk teman-teman yang membaca blog ini boleh turut serta, hanya perlu daftar diri semuanya on line. Sesuai untuk dewasa, dan juga untuk anak-anak.
Pelajaran semuanya di kelola sepenuhnya oleh DjRay.

Wednesday, January 27, 2010

Apa cerita.....??? Hari ni........


Hari ini aku masukkan beberapa gambar, yang sempat di rakamkan di istana Anak Bukit. Ketika mempersembahkan kek kepada Tuanku, bersempena keputeraan yang ke 82. Ini buat tatapan teman-teman.

Keputeraan Sultan Kedah....



Tuesday, January 5, 2010

Cake deco...


Gambar ini bolehlah kau orang buat panduan, bila nak deco kek nanti. Cover kek yang biru tu... dibuat daripada gula, atau di panggil regalice. Bunga tu pun sama, di buat dari regalice.

Carving bersama chef Din Rambo


Kepada yang berminat, aku ucapkan selamat mencuba. Jangan jemu, mesti selalu membuat latihan.

Anak sapa haaa......


Anisha Shakinah, nama budak ni... Ini majlis berendoi di Kg. Kuala Tunjang pada 12hbDis 2009 yang lalu. Dah 9 bulan dah. Belum berpunya lagi... he..he...

Selamat Pengantin Baru....


Selamat pengantin baru buat Rosmaniza dan pasangannya Yusoff, yang selamat melangsungkan perkahwinan mereka pada 13hb.Des 2009. Semoga berkekalan hingga ke anak cucu.

Wednesday, November 11, 2009

Apa cerita.....???


Amboi lama rasanya aku tak bercerita di laman ini. Apa khabar teman-teman blogger semua. Baru-baru ni banyak sangat projek, lepas ni pun ada lagi, tapi tak apa aku akan terus bercerita dan terus berceloteh di sini.
Hubungan dengan INdonesia nampaknya ada hasil positif, baguslah. Terus terang sebagai warganegara, aku amat tersinggung dan amat kecewa.
Politik, aku lebih kepada berdiam, bukannya apa. Aku percaya pemimpin kini mampu menangani setiap kemelut.
Oh ya, kepada blogger yang bertanya pada aku pasal resipi, jangan bimbang, aku akan terus memasukkannya di dalam ruangan ini dari masa kesemasa. Banyak resipi yang menunggu giliran, dan akan keluar beserta gambar sekali. Dan aku bercadang akan menyiarkan gambar-gambar plate setting, agar dapat di jadikan panduan kepada suri rumah yang meminati food decoration.

Friday, September 18, 2009

Indonesia Oh Indonesia...



Ramai juga teman-teman aku baru-baru ini bercerita mengenai Indonesia, sambil minum teh tarik.Ini kira cerita kedai kopi la. Akan tetapi ada juga isi yang perlu di beri perhatian.
Katanya, Indonesia sekarang sedang merancang nak ganyang Malaysia. Tapi aku kata ada pihak tertentu di sana yang menyemarakkan sentimen kebencian terhadap Malaysia terutama media yang rasa mereka bebas. Tuduhan-tuduhan mereka terhadap Malaysia kadang-kadang tak berasas pun.Ah tak payah nak layan la... buang masa saja. Lagipun penunjuk perasaan tu terdiri dari penduduk setinggan yang diberi upah untuk menjerit di jalanan tampa memahami isu yang sebenar.
Tetapi mereka menghina kita, kata kawan aku... mereka bakar bendera kita, itu sudah KURANG AJAR, dan mengganggu gugat maruah kita. Itu aku setuju,maruah negara di bakar.
Aku berpendapat, kerajaan Indonesia agak berlembut dalam menangani permasaalahan ini.Mereka sepatutnya bertindak dengan tegas, kerana ini melibatkan hubungan diplomatik antara dua negara. Lagipun ini bukannya dasar pentadbiran kerajaan di bawah kepimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.
Kalau ini berlaku di negara kita, dah lama dah mereka ini masuk lokap. Tetapi kita kena tahu mereka ini tidak berfikiran terbuka dan gagal mencari penyelesaian cara diplomasi, kerana mereka ini tidak berpelajaran dan miskin. Apa yang penting duit, demi kesinambungan hidup.
Sebagai keluarga serumpun, kita dah lakukan apa yang sepatutnya. Contoh bantuan ketika negara mereka di timpa bencana, di Acheh ataupun gempa bumi di Jawa atau di mana saja di bumi Indonesia. Jadi terserah kepada mereka samada mahu berterimakasih atau mahu bakar bendera kita. Tindakan mereka mencerminkan tahap pemikiran rakyat Indonesia. Cuma sengaja aku sebut kepada teman-teman aku, kita boleh bertindak balas kalau memang kerajaan mereka tidak boleh mengawal kumpulan ini. Stop semua bantuan bencana alam untuk Indonesia, Rumah anak-anak yatim yang kita dirikan terutama di Acheh, serahkan kepada mereka untuk menguruskan tampa memberi sebarang dana dari negara yang mereka benci sehingga tergamak membakar bendera.Jangan beri permit kerja kepada buruh Indon. Bertidak tegas pada pendatang haram dengan hukuman sebat. Beri tekanan dan bertindak tegas kepada Indonesia bila jerubu yang perpunca daripada pembakaran yang tidak di kawal di negara mereka. Kita tidak perlu membuang duit untuk membantu memadam api gambut disana yang memang boleh mengundang bahaya pada pasukan bomba kita, sedangkan kita tahu api itulah yang digunakan mereka untuk membakar bendera kita, dan membakar semangat kebencian terhadap Malaysia.
Aku kata, marilah kita bersatu, kuatkan semangat, berdiri teguh demi maruah negara kita MALAYSIA.Jangan layan mereka yang memang tidak tahu berterimakasih. Kita tidak perlu bakar bendera mana-mana negara pun,buat malu Malaysia aje.

Resepi Puasa Enam

Pandan Cream Brulee

500 ml fresh cream
200 ml fresh milk
3 helai daun pandan
80 gm gula castor
7 biji telor kuning
20 gm tepung jagong

Cara membuat
Daun pandan di potong dalam 1 inci panjang, dan blen bersama-sama fresh milk sehingga menjadi hampas. Tapis dan asingkan hampas( buang). Susu yang sudah di tapis tadi di masak bersama dengan fresh cream. Manakala telor kuning dan gula di pukul hingga sedikit kembang, dan masukkan kedalam susu yang sedang panas. Masukan tepung jagong. Kacau sehingga ianya menjadi sedikit pekat. Angkat dan masukan kedalam bekas yang anda suka( bekas yang tahan panas)

Bake mengunakan oven, 180*C, masa 6 min ke 7 min.

Selamat mencuba, sesuai sebagai pencuci mulut, selepas lunch ataupun dinner.

Wednesday, September 9, 2009

Saturday, June 20, 2009

Selamat Pengantin Baru....


Selamat pengantin baru,Zaki dan Azura. Kedua-duanya adalah rakan sekerja aku.
Semoga bahagia hingga ke anak cucu dan di murahkan rezeki.

Monday, April 20, 2009

ERT Training

 
 
 
 
Posted by Picasa


Emergency Respon Team traning pada 18.04.2009 hingga 20.04.2009, bertempat di Tanjung Rhu Resort, Langkawi. Berbanyak terimakasih kepada PBK En.Ismail,En.Izuan dan En.Azizi, pegawai bomba Langkawi.

Wednesday, April 15, 2009

Cerita Apa???


Nampaknya agak lama aku tak up date blog aku ni. Bukannya apa, semenjak dua menjak ni ,aku agak sebok sikit. Dah dapat ahli baru pula dalam keluarga, sebok pula dengan bowling tournament every Thurday. Sekarang dah bermula pula Spot Carnival. Dalam masa yang sama aku kena attend ERT Traning. Walaupun sebok, tapi seronok juga.
Dalam masa yang sama juga aku selalu juga ambil tahu perkembangan teman aku yang sorang ni mengenai projek dia, JAWLA CAFE.Jomlah ramai-ramai kita pi lepak kat sana, sambil minum-minum bolehlah melayari internet.