Monday, July 8, 2013
Pekerja sambilan diperlukan...
Anda di jemput untuk melayari laman web berikut:
==> http://www.jobdirumah.com/psdinjeruju
====================================
Pekerja Sambilan Dirumah Diperlukan.
Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
Lain-lain
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
- Boleh mengikut arahan
- Sanggup bekerja keras
- Berfikiran positif
- Bermotivasi tinggi
- Berdisiplin diri
Maklumat lanjut sila ke website di bawah:
==> http://www.jobdirumah.com/psdinjeruju
Mengenai Jobdirumah.com:
jobdirumah.com merupakan penyedia khidmat latihan asas dan sumber pekerjaan alternatif pada yang berminat. Perkhidmatan yang disediakan adalah panduan dalam bentuk penerangan bertulis dan video tutorial tentang bagaimana, cara apa, dan di mana hendak mencari kerja di rumah dari sumber - sumber yang betul.
Untuk kemudahan ahli, Jobdirumah.com akan menolong mencari kekosongan baru dan dihantar terus ke email setiap pagi secara percuma. Jika ada kerja yang ahli fikirkan sesuai dgn kemahiran, ahli boleh buat permohonan kepada majikan.
Maklumat lanjut sila ke website di bawah:
==> http://www.jobdirumah.com/psdinjeruju
Friday, July 5, 2013
Kerja sambilan? Mengapa? Perlukah?
Baru-baru ini ada teman bercerita, bagaimana nak cari duit tambahan. Kita biasa dengar ramai yang tercari-cari kerja sambilan, demi menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat. Apalagi kalau ianya tidak seiring dengan pendapatan tetap yang sedia ada. Kadang-kadang kerja sambilan yang adapun tidak sesuai dengan masa terluang kita. Ada juga bekerja sambilan di samping kerja rutin, sampai langsung tiada masa bersama keluarga.
Namun begitu, dalam keadaan dunia sekarang ini, kita tetap perlu mencari kerja tambahan, atau lebih tepat pendapatan tambahan, demi meringankan perbelanjaan keluarga.
Saya cuba cadangkan kepada kawan-kawan kerja sambilan, yang mana ianya bekerja dirumah sahaja, malah masa kita boleh tentukan sendiri. Pendapatanpun bergantung kepada tugasan yang kita lakukan. Ianya bukan perniagaan, tetapi tugasan yang akan diberi pada kita. Dan kita menyiapkan tugasan itu mengikut dateline yang dipersetujui antara dua pihak, lalu kita dibayar upah juga nilainya dipersetujui antara dua pihak.
Tugasan itu boleh dipilih, dan bergantung kepada kemahiran, dan kebolehan kita sendiri. Upah pula bergantung berapa banyak tugasan yang mampu kita lakukan. Namun pastikan ianya tidak mengganggu kerja rutin kita. Ianya amat sesuai bagi surirumah, atau mereka yang sudah pencen.
Untuk lebih jelas, cuba anda layari disini...JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan
Saturday, October 13, 2012
Mari belajar buat biskut.......
Susah ke nak buat biskut ni...? Alangkah bagus kalau raya nanti,semua kueh dibuat sendiri tampa membeli dari bazar. Tapi ada yang berkata, tak pandai nak buat....atau susahlah....
USAH RISAU.... Biar saya tunjukkan cara mudah untuk melakukannya. Pasti anda tersenyum puas melihat hasilnya. Email segera ke psdinjeruju@yahoo.com segera.
Usah berfikir lagi, resipi mudah ini sudah tentu membantu anda. Cuma luangkan sedikit masa untuk membaca.
Friday, July 13, 2012
Persatuan Jurumasak Melayu Malaysia(MACOM). Satu-satunya persatuan jurumasak yang perlu kita beri sokongan sebaik mungkin. Ia merupakan badan pertubuhan yang akan memperjuangkan orang Melayu yang terlibat di bidang penyediaan makanan, pengurusan F&B, dan juga merangkumi keseluruhan bidang hospitality.
Monday, July 9, 2012
Sudah lama aku tidak berbicara di ruangan ini. Tapi tadi teringat sangat hendak menjengah, bila terbaca kisah seorang teman yang mula berjinak-jinak dengan blog. Aku bukannya apa di sebabkan terlalu sebok membuat tidak sempat update. Banyak cerita sebenarnya. Walauapapun aku akan mengaktifkannya kembali. Kepada semua follower, teruskan melawat blog ini.
Sunday, August 21, 2011
Kursus PSLDN(17hb July - 22hb July 2011).
Setelah letih berada di kelas, berehat sekejap sambil pekena kopi panas. Banyak lagi kerja nak kena buat. Kadang-kadang malam tidor pun tak nyenyak. Tapi tak apa nak cari makan....
Friday, August 19, 2011
Thursday, June 16, 2011
Kunjungan teman lama.....TQ
Teman lama yang terpisah menjangkau 26 tahun akhirnya ditakdirkan, bertemu bersama keluarga masing-masing di Pulau Langkawi. Hubungan kekeluargaan terjalin mesra, moga berkekalan. Bergambar bersama-sama keluarga masing-masing, di hadapan AKI'S. Mogaberjumpa lagi.
Friday, March 18, 2011
Photograph session
Sekarang cuti sekolah, jadi ramai yang mengambil kesempatan melangsungkan perkahwinan. Aku dan seorang teman turut ambil kesempatan ini, untuk sama-sama meraikan mereka dengan merakamkan detik-detik istimewa dan bersejarah. Agar ini menjadi suatu kenangan terindah sepanjang zaman.
Kami cuba membuat liputan sebaik mungkin, termasuk outing session dibeberapa tempat atas permintaan pengantin dan juga cadangan-cadangan dari kami juga. Apa yang kami harapkan, pengantin berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami berikan.
Gambar diatas dirakamkan di pantai Tanjung Rhu, setelah selesai sesi mengambil gambar.
Sunday, February 6, 2011
Gulai Kawah....
Sekarang ni musim kenduri kahwin, bersempena cuti raya cina. Ramailah mengambik kesempatan melangsungkan perkahwinan. Akupun berkesempatan merasa gulai kawah di kampung Jeruju pada 6hb.Feb 2011. Wow best....
Saturday, February 5, 2011
Wajah-wajah ceria.....
Inilah wajah-wajah yang pernah bersama satu ketika dulu. Hari ini 5hb.Feb 2011, bertemu kembali. Seronok sangat. Terkenang seribu kenangan ketika sama-sama belajar disini SMKAH.
Friday, February 4, 2011
Balik kampung,.....jumpa kawan-kawan..
Happy Chinese New Year. Ambil peluang bercuti balik kampung, jumpa kawan-kawan di SMKAH. Fuhhh dah lama sangat tinggalkan sekolah tu, rindu sangat. Kat Jeruju ketika ini juga ada progrem anak angkat dari universiti. Macam-macam ada. Tapi aku tak dapat mengikuti kesemuanya, kerana cuti aku cuma dari 5hb - 8hb.Feb 2011 sahaja. 8hb.Feb ada pertandingan bowling pula. Cutipun kadang-kadang macam tak cuti je.
Thursday, January 27, 2011
Kek untuk Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Kedah.
Kek ini di persembahkan kepada Duli Tuanku Sultan Kedah pada 23hb Jan.2011, di komplek sukan Langkawi. Bersempena ulangtahun keputeraan yang ke 83. Moga dilanjutkan usia Tuanku, dan terus memerintah negeri dengan adil dan saksama.
Wednesday, January 26, 2011
Penghibur Papa...
Di ketika kesunyian, ketika keletihan, ketika pulang dari kerja. Mereka inilah penghibur aku, hilang rasa sunyi, keletihan dan segala-gala rasa. Aiman Shaqif dan Anisha Shakinah selalu membuat aku tersenyum dan ketawa.
Itulah yang di katakan anak-anak, pengikat kasih. Hilang segala keletihan bila pulang dari kerja dan melayan kerenah mereka.
Foto di rakam pada 25hb. Jan 2011, di perkarangan stadium Darulaman, Alor Setar.
Saturday, January 22, 2011
Mesyuarat Agong Pertama Alumni SMKAH (5hb. Feb2011)
Jangan lupa kawan-kawan lama SMKAH, pada 5hb.feb2011 ini bertempat di dewan besar SMKAH akan di adakan mesyuarat agong kali pertama. Sila datang beramai-ramai, dan war-warkan pada teman-teman yang lain yang juga merupakan bekas pelajar SMKAH, tida kira tahun bila. Kita gegarkan dewan itu nanti.
Memang best rasanya kalau dapat bertemu kembali kawan-kawan lama yang terpisah ebertahun-tahun. Aku sendiripun sudah 26 tahun tidak pernah menjejak kaki di SMKAH. Aku harap juga dapat bertemu guru-guru di zaman aku belajar disana dulu.
Kursus Asas Masakan Remaja.
Keselamatam & Kebersihan Dapur, tajuk yang di amanahkan kepada aku pada Kursus Asas Masakan Remaja 2010. Ceramah ini di adakan pada 5hb, Dis 2010 yang lalu.Ianya di hadiri oleh golongan remaja Langkawi yang berumur antara 16 tahun hingga 21 tahun. Pada amatan aku, ramai di antara mereka yang menunjukkan minat pada bidang masakan. Mungkin akan ada beberapa diantara mereka menceburi bidang ini.
Di ceramah ini aku cuba dedahkan serba sedikit tugas-tugas seorang tukang masak, tentang tanggungjawap, nilai-nilai murni yg perlu ada dan mesti di amalkan. Dan satu perkara penting yang mesti di ingat, 'Kita bukan sekadar dibayar gaji, tapi ini merupakan amal jariah'. Jadi sediakanlah makanan terbaik, bersih, dan terjamin keselamatannya pada orang lain, sesungguhnya kita akan dipersoal disana nanti.
Tahun Baru 2011
Sudah masuk hari ke 23 kita berada di tahun baru, 2011. Aku masih lagi sebok dengan tugas-tugas rutin. Gambar ini aku rakamkan di malam menyambut tahun baru di The Andaman A Luxury Collection Resort Langkawi.
Tuesday, November 23, 2010
Penyediaan Makanan(14hb. Nov 2010)
Bila umur semakin meningkat, apa lagi yang mampu dibuat? Aku perlu gunakan peluang yang ada, ruang masa yang tersisa ini untuk share pengetahuan, pengalaman, ilmu dan kemahiran bersama sesiapa saja yang mahu.Kalau di simpanpun, bukannya boleh dibawa ke mati.
Hanya satu harapan aku, gunalah sebaik mungkin dan berdoalah agar aku di murahkan rezeki.
Percutian keluarga
Dah lama tak bercerita kat blog ni. Sebok sangat dengan kerja, sampaikan tak sempat nak up date blog. Baru-baru ni, aku ambil cuti untuk bawa anak-anak keluar dari Langkawi sekejap. Nak bagi mereka merasa naik bas expres. Lalu destinasi pilihan keluarga, ke Kuantan Pahang. Apalagi seronoklah budak-budak tu bila dapat ke Teluk Cempedak, Pantai Baluk, Batu Hitam dan juga Cherating.
Subscribe to:
Posts (Atom)









