Thursday, June 16, 2011

Kunjungan teman lama.....TQ


Teman lama yang terpisah menjangkau 26 tahun akhirnya ditakdirkan, bertemu bersama keluarga masing-masing di Pulau Langkawi. Hubungan kekeluargaan terjalin mesra, moga berkekalan. Bergambar bersama-sama keluarga masing-masing, di hadapan AKI'S. Mogaberjumpa lagi.

Friday, March 18, 2011

Photograph session


Sekarang cuti sekolah, jadi ramai yang mengambil kesempatan melangsungkan perkahwinan. Aku dan seorang teman turut ambil kesempatan ini, untuk sama-sama meraikan mereka dengan merakamkan detik-detik istimewa dan bersejarah. Agar ini menjadi suatu kenangan terindah sepanjang zaman.
Kami cuba membuat liputan sebaik mungkin, termasuk outing session dibeberapa tempat atas permintaan pengantin dan juga cadangan-cadangan dari kami juga. Apa yang kami harapkan, pengantin berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami berikan.
Gambar diatas dirakamkan di pantai Tanjung Rhu, setelah selesai sesi mengambil gambar.

Sunday, February 6, 2011

Gulai Kawah....


Sekarang ni musim kenduri kahwin, bersempena cuti raya cina. Ramailah mengambik kesempatan melangsungkan perkahwinan. Akupun berkesempatan merasa gulai kawah di kampung Jeruju pada 6hb.Feb 2011. Wow best....

Saturday, February 5, 2011

Wajah-wajah ceria.....


Inilah wajah-wajah yang pernah bersama satu ketika dulu. Hari ini 5hb.Feb 2011, bertemu kembali. Seronok sangat. Terkenang seribu kenangan ketika sama-sama belajar disini SMKAH.

Friday, February 4, 2011

Balik kampung,.....jumpa kawan-kawan..


Happy Chinese New Year. Ambil peluang bercuti balik kampung, jumpa kawan-kawan di SMKAH. Fuhhh dah lama sangat tinggalkan sekolah tu, rindu sangat. Kat Jeruju ketika ini juga ada progrem anak angkat dari universiti. Macam-macam ada. Tapi aku tak dapat mengikuti kesemuanya, kerana cuti aku cuma dari 5hb - 8hb.Feb 2011 sahaja. 8hb.Feb ada pertandingan bowling pula. Cutipun kadang-kadang macam tak cuti je.

Thursday, January 27, 2011

Wedding cake 22/1/2011


Chocolate cake, disalut dengan almond paste dan regalice.

Kek untuk Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Kedah.


Kek ini di persembahkan kepada Duli Tuanku Sultan Kedah pada 23hb Jan.2011, di komplek sukan Langkawi. Bersempena ulangtahun keputeraan yang ke 83. Moga dilanjutkan usia Tuanku, dan terus memerintah negeri dengan adil dan saksama.